Jumaat, 14 November 2008

REST IN PEACE.....


THIS POST IS DEDICATED TO MY BEST FRIEND.THE LATE MR M.JEGATHESAN S/O MOTUK

Pagi 27 Oktober lalu...aku terkejut bila baca paper Mingguan Malaysia.Member ketat aku meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di Tangkak,Johor.Macam nak luluh jantung aku.It's JEGA.My Best Fren all the time.Dah lama aku x jumpa dia.Seingat aku,last time aku jumpa dia Mei 2007.

Mamat ni Indian.Aku kenal dia masa kitorang sama2 lepak Kuching,Sarawak tahun 2005.Banyak kenangan pahit manis kami bersama.Pernah 1x Brother Dave tampar belakang dia hanya kerana dia berlari-lari dengan berseluar dalam kat coridor.Masa tu aku rasa macam nak tembak je Brother Dave.Aku ngam dengan dia coz kami sama2 can talk 'bout many issues.Dia punya pandangan yang berbeza dengan squad mate aku yang lain.Lagipun kami Johorean.So banyak yang kami boleh kongsi bersama.

2006 kami sama2 lepak Dungun.Kerja sama2.Sama2 x dapat cuti.Sama2 kongsi susah senang.April 2006 aku lepak Kuala Terengganu n dia lepak Marang.Tapi kami selalu jumpa coz Marang n K/Terengganu dekat jer...5 minit pun sampai.Aku ingat lagi masa tu Jega pakai Skuter VS 125.Februari 2007 aku pindah balik ke Dungun n dia selalu jugak datang jenguk aku.Bila aku pindah KL July 2007,aku terus xde jumpa dia sampai la hari ni.

Aku ader jugak plan hujung tahun ni nak lari Terengganu jap.Nak ziarah Jega n semua kawan2 aku kat sana.Tapi nampaknya hasrat aku nak jumpa Jega x kesampaian.Dia 'pergi' dulu.Masa aku mula2 baca berita pagi tu aku terus contact semua squad mate aku.Aku sampai dah nekad nak turun Tangkak pagi tu dengan Elly n Akmal.Tapi antara kami xde sorang pun yang tau address Jega.

So Brother Jega....We're sorry coz didn't see you for the last time that day.But we all just want u to know that whatever happens,u still live in our heart n will still be our Best Friend ever.We do love u man......MAY YOUR SOUL REST IN PEACE.......isk...isk...


Man...We do miss U



JEGA...Standing 4 from left

Our squad mate...1 down, 32 to go...

Tiada ulasan: