Rabu, 18 Jun 2008

BERITA DARI JELEBU

Yup...! I'm back..

10/6/2008 yang lalu aku bawak budak2 tingkatan 4 & 5 sekitar KL seramai 80 orang untuk selection ke Pertandingan Menembak Periingkat Kebangsaan.Selection x ni dibuat di lapang sasar Titi, Jelebu N9 (KL dah xde lapang sasar sebab semua tempat dah wujud bangunan tinggi2.....poor KL).Terima Kasih kepada rakan2 yang sudi membantu kami selama berada di sana.Terima Kasih juga kepada rakan2 seperjuangan di Jelebu.Jasa anda semua akan sentiasa tersemat di hati.Alhamdulillah semua selamat sepanjang 4 hari kami di Jelebu.No accident.Susah jugak nak control budak2 sekolah menengah ni.Nak2 bila melibatkan senjata api.Boleh meragut nyawa beb....Tapi dengan pengawasan yang rapi dan sistem yang teratur,so xde perkara x elok berlaku.Berikut adalah gambar2 yang aku rakam semasa kami bermastautin di sana.....

Saat berlepas dari KL

Laluan ke Jelebu....Macam ular la...

Sampai gak Jelebu.....

Lapang Sasar Titi

Kenderaan Rasmi

Town Jelebu

Mercu Tanda Jelebu

Cantik kan?

Sampai je Lapang Sasar Titi kami terus buat persiapan.Penat jugak.Tapi minat pada senjata api punya pasal,apa pun aku sanggup.Malam pulak relax2 kat Hotel Sri Klawang & jalan2 kat Town Jelebu

Cerita hari ke-2 ????

Esok la aku cerita......penat !

Isnin, 9 Jun 2008

CONFLICT PISTOL ROSAK

BZ & BZ & BZ.......!

Pagi ni masuk ofis je dah berlambak kerja yang menanti aku.Repair Pistol Datuk2 sekitar KL yang dah rosak.

Ada yang pistol masuk air dan berkarat.Ada yang 'Guide Rod' patah.Ada yang Safety Catch malfunction.Ada yang bila ditembak peluru x meletup.Macam2 lah.

Tapi aku just dapat repair 1 je.Yang lain esok lusa la.Aku bz buat persiapan pertandingan menembak di Jelebu N9.Maybe 4 hari aku out station di sana.Selection untuk ke peringkat Kebangsaan di Kuantan bulan 7 ni.So x dapat la nak update blog ni nanti.Kena tunggu balik dari Jelebu la nanti......

JELEBU ! Here I Come....Watch out arrr.......

WEDDING CEREMONY

Minggu lepas aku dapat call dari mak aku.Dia cakap anak Abang Dan nak kahwin.Tapi aku kena pergi Istana Negara hari Sabtu (Birthday Agong kan...?).Tapi mak aku suruh jugak 'cari jalan' balik Muar.So nak x nak terpaksa la aku cancell projek Istana Negara.Walaupun aku tau bukan senang orang Malaysia nak masuk Istana Negara(aku dah masuk 2x),tapi aku optimis akan ada peluang lain x.So lepas aku solat Jumaat,terus aku gerak ke Bukit Pasir,Muar.
Sampai sana aku pun beramah mesra dengan saudara-mara.Semua hadir termasuk la mak dan adik beradik aku.Kira 'Reunion' la sebab masa Hari Raya Aidilfitri haritu x sempat nak jumpa.So bila dah jumpa,ni la masanya untuk 'refresh' nombor phone sebab ramai di antara kami dah tukar nombor phone baru.
Watak utama dalam ceremony ni dah tentu lah Pengantin lelaki.Aku pun x tau la nama sebenar mamat ni.Tapi semua orang panggil dia Apit ataupun Along.Anak Abang Dan(uncle aku).Mamat ni umur baru 22 tahun.Sebaya dengan umur isteri dia(aku pun xtau nama bini dia).Salah seorang QC kat UMW Toyota Shah Alam.Walaupun umur muda tapi dia boleh la dikategorikan matang.Sebab tu aku yakin dengan keputusan dia untuk mendirikan rumahtangga.Gambar2 berikut aku ambil semasa ceremony berlangsung....

Kat luar rumah


Masa nak turun dari Pelamin

Acara Makan Berdamai

Selain itu,aku jugak ambil gambar sanak saudara untuk dijadikan kenangan.Tapi x dapat dimuatkan semua dalam blog ni.So aku muatkan sebahagian saja daripada mereka semua....

Abang UG (1 of da finest Engineer in JB)

Anak Kak Noi (also don't know his name)

Anak Kak Midah & Uncle Chap

Ramai antara mereka dah berkeluarga.Even yang semuda 22 tahun pun dah kahwin.Hanya aku je yang belum kahwin.Bukan aku xnak kahwin.Aku ada kerjaya yang bagus.Saving aku pun dah cukup.Rumah aku pun dah lengkap.Kata orang bini kalau masuk rumah aku just cuci kaki je.Tapi mak aku memilih sangat.Ramai calon aku yang di'reject' oleh mak aku.Aku kadang2 malu jugak.Dah berjanji dengan family awex2 aku.Tapi x jadi.Entah apa kriteria bakal isteri aku yang mak aku berkenan aku pun x tau.Tapi aku redha.Bapak aku dah meninggal dunia.So aku ada mak sorang je.Nak xnak kena la dengar cakap mak aku.Aku xnak jadi anak derhaka.

So selama 2 hari aku kat Muar dan selama itu aku sering ditanya tentang jodoh,maka ini lah jawapan aku......

"PELAN2 KAYUH BEB ! "

Khamis, 5 Jun 2008

CONFLICT DENGAN MINYAK

Hari ini ada 3 perkara pelik yang berlaku dalam hidup aku.....



PERKARA 1
Pagi tadi aku berjumpa dengan seorang kawan dari China. Mr.Yuen.Aku tanya dia...


a.c.u.x : Errr...Mr.Yuen,may I ask u something?
Mr.Yuen : OK
a.c.u.x : In your country,when was the last election?
Mr.Yuen : Soli???
a.c.u.x : When was the last election?
Mr.Yuen : Ooo....evely moning...
a.c.u.x : ???


15 minit selepas tu(setelah aku tanya mereka yang pakar) baru aku tau, "erection" akan menghasilkan bunyi "election" dalam slanga China.......DAMN !



PERKARA 2
Petang tadi dalam pukul 2,dari tingkat 16 aku turun ke Taman Bunga bangunan ofis aku.Ada sekumpulan budak2 ofis Tingkat 1 tengah barbeku kat situ.Mereka jemput aku sekali.Aku pun dah lama x barbeku.Last time kat Kenyir tahun lepas.....



Ayam Bakar


Lepas makan,aku tanya pulak apa air yang aku boleh minum? Diorang jawab "air ni......"

Air Daun Ketum??? DAMN !


PERKARA 3

Malam ni pulak Akmal (salah seorang member ketat aku) bertandang ke rumah aku.Mamat ni berasal dari Newcastle, Kelantan.Dia memang selalu datang rumah aku.Maklumlah aku kan tinggal sorang....?Selalu dia datang dengan tangan kosong.Tapi hari ni dia datang bawak ayam goreng....

Akmal tengah 'menguasai' sofa & Laptop aku



akmal : a.c.u.x...mari ah make aye ni....
a.c.u.x : Tak nak lah Mal...
akmal : Nape pulok ?
a.c.u.x : Aku puasa malam ni.Aku 'kena' 7 Lautan......
akmal : Menda tu ?
a.c.u.x : Bored-and-depression-the-old-fashion-non-prescription-way lah bengong.....
akmal : Oooo....! x faham....
a.c.u.x : Err...so nape ko bawak ayam goreng banyak sangat kat rumah aku ni?Sape nak makan?
akmal : Kawe beli 3 ekor.$48.00
a.c.u.x : Hah??? Mahalnya.....
akmal : Sekarang kan minyak dah naik harga?
a.c.u.x :DAMN !



Mr.Yuen,Budak2 ofis Tingkat 1,Akmal.....Anda semua telah menjadi gila ! Kesan daripada kenaikan harga minyak di Malaysia pada hari pertama.Thanx pada PAK LAH !





DAMN !

Selasa, 3 Jun 2008

SELAMAT HARI RAYA


Selamat Hari Raya to all of my Iban and Dayak friends out there that celebrates Gawai and Kaamatan.Malam Raya baru2 ni Robyn ajak aku pergi party kat rumah uncle dia.Aku pun saja je nak tau macam mana orang Iban celebrate their festive.Party tu just untuk relatives and best friends.So aku pergi dengan Ah Sang(naik VIOS Ah Sang).Sampai kat rumah uncle Robyn kat Cheras Hartamas,kami terus makan.Ni adalah pic2 yang aku ambil during the party......





Menu of The Day



Ular Sawa

ada ular sawa kat rumah tu tapi x sampai hati nak sembelih ular tu.Kecil sangat.....Cute pulak tu........

Lagipun mana ada dalam Hari Gawai ,'ritual minum tuak dengan darah ular sawa'???

p/s : Aku dah tanya Jeniffer.Memang xde ritual tu.Maybe Black Metal followers je yang ade kut?

Ahad, 1 Jun 2008

JOURNEY TO KLUANG

Baru2 ni aku ader dapat mesej dari Nazz.Aku tanya pasal Kimigawa.Dia jawab..."gerpi pamos masa ide".So biler dapat balik kampung ni,aku pun cari Nazz.Lepas tengok Melodi Ahad lepas,aku pun gerak ke Kluang dengan Datuk Zain dan adik Nazz yang last.Aku dapat tau Nazz dah duduk Kg Paya,Kluang.Gambar2 ni diambil otw ke Kluang.



Datuk Bandar Air Hitam
Jalan Paling Best (2 lane left & 2 lane right)Thanx BN........

Jalan masuk Kampung aku....Batu 7

Pintu Gerbang Stadium Taman Kluang Barat

Mahkamah Baru
INTAN Kluang

Taman Emas

Nagaria Inn,Taman Intan

Taman Intan

Jejantas Taman Intan

Jalan masuk Town

Tempat biasa aku main snooker

Prime City Hotel
Kluang Parade

Nazz....Sahabat Tiri Aku

Tempat Nazz cari rezeki.Kampung Paya, Kluang




a.c.ux : Pehal lu bertikai dengan Kimigawa?

Nazz : Ala...budak tu berlagak sikit.Baru pakai m/sikal besar sikit da macam sial dengan wa.Wa dengar dia dah start steward ek?

a.c.u.x : A'ah.Dah 2 minggu start.Hari tu masa wa kat Gemencheh,dia ada call wa.Cakap ex-bf awex dia nak bunuh dia.Kecoh betul la mamat tu.

Nazz : Laa..die cakap dengan wa awex tu awex pakcik dia.

a.c.u.x : Awex pakcik dia pe???dia da lepak rumah awex tu siang malam.Awex tu engineer.Selalu outstation.Bila ex-bf awex tu datang rumah,ape lagi???Mengamuk la dia.Tau la pulak si Kimigawa ni menyorok celah pintu.hehehe....

Nazz : Ala...budak tu cakap memang putar alam sikit.

a.c.u.x : So lu pecite?Dah lepak sini,x turun Parit Raja lagi ker?

Nazz : Sekarang wa dah x main laa parit2 ni.Sekarang musim lepak 'paya' beb....

a.c.u.x : Ha?paya?Kg Paya???DAMN........!

MISSION BALIK KAMPUNG

Walaupun bz semenjak 2 menjak ni,tapi aku masih sempat habiskan "Malcolm In The Middle Movie Marathon".Season 1-7. Dekat 2 minggu jugak. Selain tu aku jugak sempat curi2 balik kampung.


AIR HITAM.....Here I come !


Balik Sabtu lepas.Kat Sg.Besi je dah Jammed 5 km.Lori balak terbalik.Kat Seremban pun sama jugak.Pukul 12.30 tengahari aku dari KL.Sampai rumah mak aku pukul 5.30 petang.Lama giler....Balik je aku trus cari Angah Along Zul.Maghrib aku jenguk Along Zul kat kedai.Kebetulan Uda dan mak dia(mak angkat aku) ada kat kedai tu.Pukul 9.30 malam,lepas mandi aku keluar dengan Epul Bulldog pergi Kluang (....epul saja je nak tayang kereta baru dia.Black Waja 1.6 AT)






Pusing2 Kluang Parade then lepak2 pekena 3,4 jug.Pastu lepak kat Skrin Besar Kampung Rahmat.Jumpa jugak dengan Budak2 kampung.Mamat Belon,Mamat Lembik dll (Lama x jumpa dorang).Akhirnya pemenang pun diumumkan malam tu.....STACY






Habis AF 6 Final,trus lepak kat Highway.Guest what???...."Sesi meluahkan isi hati".Epul Bulldog nak kahwin.Jangan terkejut member baik zaman childhood aku nak kahwin (dia pun memang duduk sebelah rumah aku pun).Memang patut pun kahwin.Dah besar.Dah sampai masa untuk meneruskan legasi masing2.Aku??? Not ready yet.....Akhirnya dekat 1 jam jugak aku kena basuh pasal kahwin.DAMN....

Sampai rumah,Zaidi Jai pulak datang lepak.Din Baha pun ikut jugak.Dorang ni pun 1 kampung dengan aku dulu.Sekarang masing2 dah beranak pinak.

a.c.ux : Jai...apa lagi yang engkau bertikai???
Zaidi Jai : Mana ko tau?
a.c.u.x : Ada la 'kaki' bagitau aku.ko bertikai dengan Fazuri Sungut kan?
Zaidi Jai : Ala...pasal exhaust kereta.Dia tu cakap berbelit2.Aku pun dah pulangkan balik exhaust tu.
a.c.u.x : Tapi putus kawan kan??? Ala...macam budak2.Sikit2 putus kawan.......


Dan seperti biasa kena basuh lagi otak aku pasal kahwin.Pukul 4 pagi aktiviti 'lepaking' pun tamat.



DAMN !

p/s : lepas ni "Two And A Half Men Movie Marathon" la pulak........

CONFLICT TINGGAL KAT OFIS SORANG2

Peh....BZ n BZ n BZ n BZ n BZ n BZ....!

Semenjak 2 menjak ni bz sangat.Nak 'hapdet' pun x menyempat.Ofis xde orang.Semua cuti.Brother Guru cuti 2 minggu.Brother Puad cuti emergency(balik Bidor).Brother Jamal lepak branch Pudu 1 minggu.Brother Harrith tiap2 hari cakap nak cuti esok,tapi x cuti jugak.

1 hari Brother Azni dari branch Cheras datang ziarah aku kat ofis,

Brother Azni : Aik?? takkan ko tinggal sorang je kat ofis?
a.c.u.x : Camni lah bang.Semua cuti.
Brother Azni : Diorang semua cuti?So Guru x tinggal ko $ makan??? Kat tempat aku, Yusuf cuti tapi siap tinggal $ makan dalam laci tau?
a.c.u.x : Haa??? $ makan??? boleh camtu ek? DAMN...!

Brother Guru !
Brother Jamal !
Brother Puad !

Yang pastinya lepas ni aku akan mintak korang tinggal $ makan dalam laci tiap2 x korang nak cuti.Ye la...Semua kerja aku kena buat sorang kan???

Brother Azni : Kenapa ko x cuti?
a.c.u.x : Ntah lah....Diorang cakap "ko xde anak.ko x boleh cuti".
Brother Azni : Tu lah...Siapa suruh ko x kahwin lagi?
a.c.u.x : DAMN....pasal kahwin pun boleh jadi sebab ke?
Brother Azni : Kan sekarang musim budak2 sekolah cuti 2 minggu?
a.c.u.x : ?????






DISKRIMINASI @ BERTOLAK ANSUR ???