Isnin, 9 Jun 2008

WEDDING CEREMONY

Minggu lepas aku dapat call dari mak aku.Dia cakap anak Abang Dan nak kahwin.Tapi aku kena pergi Istana Negara hari Sabtu (Birthday Agong kan...?).Tapi mak aku suruh jugak 'cari jalan' balik Muar.So nak x nak terpaksa la aku cancell projek Istana Negara.Walaupun aku tau bukan senang orang Malaysia nak masuk Istana Negara(aku dah masuk 2x),tapi aku optimis akan ada peluang lain x.So lepas aku solat Jumaat,terus aku gerak ke Bukit Pasir,Muar.
Sampai sana aku pun beramah mesra dengan saudara-mara.Semua hadir termasuk la mak dan adik beradik aku.Kira 'Reunion' la sebab masa Hari Raya Aidilfitri haritu x sempat nak jumpa.So bila dah jumpa,ni la masanya untuk 'refresh' nombor phone sebab ramai di antara kami dah tukar nombor phone baru.
Watak utama dalam ceremony ni dah tentu lah Pengantin lelaki.Aku pun x tau la nama sebenar mamat ni.Tapi semua orang panggil dia Apit ataupun Along.Anak Abang Dan(uncle aku).Mamat ni umur baru 22 tahun.Sebaya dengan umur isteri dia(aku pun xtau nama bini dia).Salah seorang QC kat UMW Toyota Shah Alam.Walaupun umur muda tapi dia boleh la dikategorikan matang.Sebab tu aku yakin dengan keputusan dia untuk mendirikan rumahtangga.Gambar2 berikut aku ambil semasa ceremony berlangsung....

Kat luar rumah


Masa nak turun dari Pelamin

Acara Makan Berdamai

Selain itu,aku jugak ambil gambar sanak saudara untuk dijadikan kenangan.Tapi x dapat dimuatkan semua dalam blog ni.So aku muatkan sebahagian saja daripada mereka semua....

Abang UG (1 of da finest Engineer in JB)

Anak Kak Noi (also don't know his name)

Anak Kak Midah & Uncle Chap

Ramai antara mereka dah berkeluarga.Even yang semuda 22 tahun pun dah kahwin.Hanya aku je yang belum kahwin.Bukan aku xnak kahwin.Aku ada kerjaya yang bagus.Saving aku pun dah cukup.Rumah aku pun dah lengkap.Kata orang bini kalau masuk rumah aku just cuci kaki je.Tapi mak aku memilih sangat.Ramai calon aku yang di'reject' oleh mak aku.Aku kadang2 malu jugak.Dah berjanji dengan family awex2 aku.Tapi x jadi.Entah apa kriteria bakal isteri aku yang mak aku berkenan aku pun x tau.Tapi aku redha.Bapak aku dah meninggal dunia.So aku ada mak sorang je.Nak xnak kena la dengar cakap mak aku.Aku xnak jadi anak derhaka.

So selama 2 hari aku kat Muar dan selama itu aku sering ditanya tentang jodoh,maka ini lah jawapan aku......

"PELAN2 KAYUH BEB ! "

Tiada ulasan: