Isnin, 12 Mei 2008

CONFLICT DENGAN AH SANG

Semalam tengahari Ah Sang panggil aku...

Ah Sang : a.c.u.x..! Wa tengok hari Jumaat lu punya kaki banyak sakit.Apasal?
a.c.u.x : Ntah la Ah Sang.Wa pun x tau.Maybe 'impact Gemencheh' kut?Masa dalam hutan x terasa sakit.Bila sudah sampai rumah baru kaki sakit sampai x boleh nak jalan.....
Ah Sang : Kan wa sudah cakap maaa....jangan masuk hutan.Lagi baik duduk rumah maa...
a.c.u.x : Babi....


AH SANG....Salah satu daripada pomen2 terbaik aku(the other one was Maarof budak Seberang Takir).Mamat ni kerja kat bengkel kat Taman aku.Dia memang x tau pape pun.Hari2 duduk bengkel je.Ahad pun kerja.Dari dulu dia selalu pertikai aku tiap x aku out station.Dia bising bila aku cakap aku nak pergi Gemencheh.Dia x faham kerjaya aku.Selain daripada duduk ofis 8 am sampai 5 pm,aku jugak dalam kategori Pensyarah Sambilan.HQ bayar aku $60.00 satu jam.Aku pergi Gemencheh bukan semata-mata kerana DUIT.Lebih daripada itu.Pada aku DUIT no.2.Yang penting aku dapat curahkan segala ilmu aku.Aku latih pelajar2 tu semua tentang disiplin diri.Aku ajar tentang cara2 pandu arah semasa dalam hutan.Aku ajar cara2 menembak yang tepat.Aku ajar cara ikhtiar hidup dalam hutan.Aku motivate diorang.Aku latih diorang bagaimana nak menghadapi cabaran mental & fizikal.Ko ingat senang ke nak rentas halangan?Ko ingat senang ke nak lari 8km naik bukit?Untuk apa aku buat semua itu...?Untuk persiapkan anak2 bangsaku dalam menghadapi pelbagai cabaran apabila mereka dewasa kelak.Andaikata Malaysia ni dalam keadaan huru-hara atau peperangan satu hari nanti,sekurang2 nya mereka dah bersedia menghadapinya.Sekurang2 nya mereka semua ada 'Basic'.Aku bukan ajar diorang semua benda yang x elok?Aku tau aku ni cuma sebesar kuman je dalam Malaysia.Sumbangan aku bukan lah besar sangat dalam membentuk anak bangsaku.But at least I've done my part.Aku bukan macam sesetengah ahli politik yang hari2 dok memekak & menyalak tapi akhirnya x dapat buat pape2 pun dalam 'Isu Karpal'.Damn to those poltician.........


Ah Sang,

aku x salah kan kau.....................Kau x faham apa itu PATRIOTIK.....!

Tiada ulasan: